Ahad, 2 Oktober 2011

Antara Jamuan Tapau dan menapau jamuan….pelik tapi benar, kah kah kah




Aku nak tulis cerita-ceritit sikit untuk en3 kali ni,lama dah tak tulis kisah merapu tapi benar. Cerita al-kisah jamuan hari raya walaupun raya dah lama berlalu dan walaupun mungkin dah terlewat aku nak tulis dari kisah tarikh sebenar peristiwa berlaku, tapi saja la nak bagi orang gelak ketawa sampai sakit buah pinggang….
Seminggu dua minggu yang lepas, member aku cerita pasal sekolah dia di sebuah pulau daerah pendalam buat jamuan hari raya diminggu terakhir syawal, oleh kerana dia dan kawan dia sorang lagi ada urusan,maka waktu meeting tu dia orang tak masuk mesyuarat,atas kepercayaan pada kawan-kawan yang ok,dia pun cakap la “segala keputusan mesyuarat kami setuju saja”.
Bila dah habis mesyuarat,keputusan yang keluar,dia dua orang di beri tugas pasang khemah jamuan dan buat sate, best punya jamuan,macam la besar sangat sampai kena pasang khemah. Member aku dan member dia dah mula “hangat” bila kena macam tu, dah la tu,waktu pasang khemah depan sekolah tu, sekor pun tak datang tolong,ramai menengok saja….
Balik rumah petang tu,sibuk pula pi beli ayam nak buat sate. Hang punya pasal, lepas potong ayam,tak perap dah,terus cucuk di bilah sate,lepas isya terus bakar. Time nak bakar sate,arang pula buat hal, beli “arang buatan” dari habuk kayu,punya la susah nak terbakar,lepas dah terbakar jadi bara,cepat pula habis jadi abu,pandai la kepala hotak siapa yang cipta ‘arang buatan” tu,nak beli yang lain,tak ada,hanya yang jenis tu saja ada… habis sepasai /satu bab.
Bab Kedua...
Esoknya al-kisah,maka jamuan hari raya pun terlaksanalah dengan seadanya beserta khemah yang besar bagai menyambut menteri. Maka segala hiruk pikuk lah suara para jemaah mengatur hidangan dimeja untuk dinikmati bersama-sama.
Bila dah lengkap hidangan disediakan,maka ramai dikalangan para mu’alim pun mengeluarkan “tapau” masing-masing, di isi segala hidangan dengan penuh semangat juang yang tinggi,tanpa menoleh kiri, tanpa melihat kanan,terburai plastik dan bekas yang telah dengan niat dibawa dari rumah untuk bekalan dibawa pulang, kah kah kah, mualim kebuluran,dirumah bini tak sediakan makanan, di rumah suami tak belikan ikan dan bawang....
Sorang dua mua’lim terkejut orang utan melihat gelagat yang tak disangka,ingatkan todak melanggar pulau,sangkakan  garuda menyerang tanpa amaran,rupanya berlaku pelanggaran sudu garpu guru-guru sedang mentapau makanan yang belum di makan.
Ada cikgu-cikgu yang belum makan,ada cikgu yang sedang makan, semua terkejut kehairanan. Ada yang tersenyum tercekik makanan,ada yang terlopong terngangan,karipan dalam mulut belum tertelan, kah kah kah,kesian la perangai huduh sebahagian cikgu-cikgu yang tidak beradab sopan...kah kah kah
Al-kisah,di sekolah yang sama,ada sorang kakitangan, cewek mengancam,sekali senyum semua terpandang,indah rupa diselimuti keindahan pakaian,bah kata orang dulu-dulu cantik rupawan tiada terbilang,tiada tandingan anak-anak seangkatan. Kah kah kah...
Namun,bila time jamuan,semuanya “ada ku kesah”, belum duduk berhunjur tangan,belum melangkah untuk makan, tapau dikeluar dengan ber“iring” senyuman, dengan selamba mencedok sepuas makanan,ditapau untuk dibawa pulang,nak kata untuk anak, belum bersuami, nak kata untuk suami, masih anak dara sunti, sekali dah penuh tapau, baru duduk menyumbat makanan dalam tangki perut dengan “selamba tokek”, makan pula yang masih berbaki kah kah kah, tokek pun tau malu.....
Habis punah ranah segala adab sopan bila mengadap makanan “free”. Cantik macam mana pun kalau dah buruk perangai,tak sanggup nak buat bini...aduh kesiannnnn....
Melihat keadaan menapau tidak terkawal,member aku terus sound, “dipersilakan tapau beramai-ramai tanpa segan silu,jamuan hariraya secara tapau, kah kah kah, tak buat khemah pun tak apa kalau nak tapau...kesian laaaaa
Member kepada member aku yang sorang lagi pula dah bengang,dipegang microfon,ingatkan nak buat ucapan atau nak tuju lagu,tapi  dengan “hangat” : “diminta semua guru-guru tapau makanan semua sekali untuk dibawa pulang,tak payah makan di sekolah....” kah kah kah
Buruknya perangai sesetengah guru dalam daerah member aku ngajar tu, kah kah kah,muka tak tau malu, kebulur macam tak makan sebulan,lepas tu ajar budak-budak adab sopan,kah kah kah...
Pelik tapi benar,nak upload gambar ka? Tak payahlah, sedih benar aku negok perangai huduh cikgu-cikgu kurang didik ni. Nanti ada yang kenal,kena pula sedara mara,kah kah kah
Biarla cerita jadi panduan,cerita benar-benar berlaku dihujung syawal, sikap macam tu dah jadi amalan ramai watak-watak di kawasan tersebut....

Tiada ulasan: