Selasa, 11 Oktober 2011

Keinsafan Bob Lukman vs Kebudak-budakan JAIS


Bob Lokman ditahan JAIS
Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Penulis lirik 'lagu berhantu' Isabella itu ditahan ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.

NONEMereka dibawa ke balai polis berdekatan sebelum dilepaskan kemudiannya.

Turut ditahan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid itu hadir ketika majlis berlangsung.

Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan Tok Kenali ketika dihubungiMalaysiakini mengesahkan penahanannya malam tadi tetapi engan mengulas lanjut pada masa ini.

Ketiga-tiga mereka dijadual memberikan kenyataan kepada JAIS di pejabat agama daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini.

Sementara itu, Mohd Sany ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ketika insiden malam tadi, kira-kira 20 anggota penguatkuasa jabatan itu dan beberapa orang polis hadir bagi tujuan itu.

"Ketika Bob bercakap mereka tidak buat apa-apa. Bila habis dan solat Isyak baru (kami) ditahan," katanya sambil menafikan bertazkirah atau menyentuh soal politik.

Jawab yang berkaitan sahaja
Menurut Mohd Sany, Bob cuma menceritakan kisah hidupnya sebagai anak kampung yang bergelumang dalam dunia hiburan sebelum mendekatkan diri kepada agama.

"Beliau tidak sebut langsung (soal) PAS-Umno. Tetapi penguatkuasa tetap kata, ini titah Sultan," jelas Mohd Sany.



kalamnurani :

JAIS semakin gila dan hilang pedoman dalam membezakan antara tuntutan agama,titah Sultan dan titah "tangan ghaib".

atas nama titah Sultan sebagai Ketua Agama Islam,maka pendakwah bekas artis yang sesat dengan dunia artisnya sebelum ini ditahan demi memenuhi nafsu serakah "tangan ghaib" yang gila?

Atas nama titah Sultan juga maka pendakwah Islam yang berdakwah kepada Islam yang bernaung di bawah Ketua Agama Islam Negeri iaitu Sultan juga ditahan kerana berdakwah. Tidakkah kerja gila namanya?

Orang Islam yang berceramah,berdakwah ditahan kerana tiada tauliah, orang bukan Islam,gereja juga diserbu dan ditahan kerana cuba mengajak orang Islam murtad? Siapa JAIS sebenarnya. Apakah sudah ada resapan ideologi Komunis dalam JAIS sendiri yang menganggap agama sebagai candu masyarakat?

Di mana halatuju sebenar JAIS selaku satu badan yang bertanggungjawab mengembangkan ajaran Islam kepada umat Islam?

Persoalan yang menjadikan masyarakat benggong memikirkan tindakan "gila" JAIS.

Mungkin tidak pernah terjadi kepada Saudara Bob Lukman semasa masih dalam dunia artisnya di tahan oleh JAIS kerana mengadakan aktiviti, konsert dan sebagainya di Selangor yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Apakah ketika itu JAIS merelakan semua perbuatan mungkar dengan memberi "tauliah ghaib" kepada semua bentuk maksiat tersebut?
Apaka pegawai-pegawai JAIS juga telah melakukan sumpah "amar makruf nahi mungkar" seperti yang dilakukan oleh sebuah NGO Melayu PEKIDA. 
Kerana sumpah tersebut ramai yang termakan oleh sumpah sendiri yang akhirnya melakukan perbuatan "amar mungkar nahi makruf".  termasuk sesetengah pegawai JAIS sendiri?

Hasan Ali selaku exco agama jangan jadi "syaitan bisu" dalam sesuatu tindakan JAIS, suara yang dulunya cukup hebat dalam membincangkan semua isu dan gerak kerja dahwah dipersada Forum Ehwal Islam dengan bayaran yang lumayan , kini telah menjadi "pekak dan bisu", telah menjadi "lembu di cucuk hidung" oleh JAIS.
Paling tidak, bersuaralah di media menyatakan sesuatu yang menjadi dasar utama parti yang didokongnya atas tindakan "gila" JAIS.
Bodoh gila babi apabila menggunakan alasan ini "titah Sultan" dalam usaha menangkap pendahwah, sama juga ayatnya di Indonesia zaman penjajah Belanda dulu " ini titah Kompeni Belanda" dilarang berdakwah dimasjid,
juga " ini titah kolonial Inggeris untuk menangkap Tok Janggut hidup atau mati". maka titah itu dilaksanakan para balaci tanpa usul periksa.

Bendahara Tun Perak juga pernah menerima titah Sultan untuk membunuh Hang Tuah,tetapi tidak dibunuhnya Hang Tuah,kenapa? tidakkah Pegawai JAIS yang belajar lebih tinggi dari Bendahara Tun Perak tidak mampu memikirkan antara baik dan buruk, antara ceramah politik dan tazkirah? antara bekas artis yang dah insaf dengan orang politik?

bodoh pekak, tuli, sengal sangatkah semua pegawai-pegawai JAIS?

Kalau Bob Lukman yang dah insaf itu mampu menjadi pendakwah,mengajak manusia sesat kembali kembali kepada "jalan lurus", apa pula peranan JAIS sebenarnya? dilihat dari konteks isu ini, tidak lain hanya cuba mematahkan usaha dakwah amar makruf nahi mungkar. 
Apa pula bezanya JAIS dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang cuba mematahkan usaha dakwah Rasulullah kepada amar makruf nahi mungkar?

dari kaca mata JAIS :

Bob Lukman selain seorang artis yang dah insaf,beliau telah menzahirkan dirinya sebagai ahli PAS dan pernah berceramah di persada PAS. JAIS beranggapan bahawa beliau menyampaikan ceramah politik tanpa tauliah di masjid/surau negeri Selangor.

Persoalannya, adakah beliau mengajak jemaah dalam surau tersebut menyokong PAS ketika tazkriah tersebut? Pegawai JAIS juga hadir sama dalam majlis tersebut, apakah kehadiran mereka seolah dengan segaja mengekori gerak geri Bob Lukman kemana sahaja beliau pergi, adakah pihak JAIS telah mendapat latihan kepolisian Pasukan Khas/ SB?
Kalau itu yang berlaku maka amat malanglah JAIS selaku badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam, dan amat malang lagi sekiranya para pegawai JAIS menjadi mata dan telinga "tangan ghaib" sama seperti zaman sebelum merdeka,ada pihak yang rela hati menjadi tali barut penjajah "yang tidak pernah menjajah kata Prof. Zainal Kling"

Maka akan menjadi haramlah segala gaji dan elaun hasil dari duit rakyat yang dibayar kepada semua pegawai yang berperangai sebegitu kerana tidak menjalankan tugas hakiki amar makruf nahi mungkar.

Kepada sahabat-sahabat ku yang masih bertugas di JAIS, insaf dan sedarlah bahawa rakyat meneliti setiap tindak tanduk JAIS, malu lah kalau tidak kepada Allah pun,malu lah kepada kawan-kawan dan para guru kita dulu yang mengajar mana intan dan mana kaca, mana akidah yang benar dan mana pemikiran sonsang, jangan kerana kebijakan Hang Nadim menegur Sultan, maka dengan titah Sultan, Hang Nadim di hukum bunuh.....


Tiada ulasan: