Isnin, 10 Oktober 2011

RAMAI MELAYU ISLAM TERPESONG AKIDAH TANPA BANTUAN GEREJA !!!


Sultan: Wujud cubaan pesong akidah
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.
Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.
Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.


kalamnurani :

gejala pemesongan akidah perlu dilihat dalam aspek yang lebih luas, bukan hanya tindakan luaran pihak bukan Islam terhadap orang Islam.

antara perkara yang boleh menyebabkan akidah seseorang Islam itu terpesong dan terbatal :

1. Apabila secara nyata atau tidak nyata, menolak dengan berbagai alasan bahawa hukum Allah yang terkandung di dalam al-Quran tidak boleh dilaksanakan pada masa sekarang.
Perlu diinga bahawa wahyu al-Quran adalah benar,tidak boleh diubah,dipinda ditafsir dengan akal semata-mata. Semua ketetapan wahyu adalah benar. Penafian terhadap kebenaran wahyu al-Quran sama seperti menafikan Hak Allah sebagai Tuhan yang Esa layak disembah, ditaati dan dipatuhi.

2. Menjunjung,berikrar, mendakwa bahawa undang-undang ciptaan manusia yang ada pada hari ini adalah yang paling sesuai diamal dan dilaksanakan. Pengakuan sebegini sekaligus membawa erti menafikan hak Allah sebagai Tuhan yang Maha Pencipta yang mencipta makhluk khususnya manusia yang berperanan sebagai hamba. Tugas utama hamba ialah mentaati,mematuhi segala perintah tuannya iaitu Allah.

3. Mengamal,merelakan,bersubhat dengan perlakuan dosa-dosa besar seperti judi,arak, zina, rasuah ,membunuh dan sebagainya.
Kelulusan berbagai jenis lesen judi dan arak oleh pihak kerajaan tanpa syarat dan kawalan terhadap orang Islam secara berleluasa secara lansung mejerumus kepada pelanggaran Hak Allah yang telah mengharamkan semua perbuatan tersebut. Melakukannya beerti melanggar ketetapan Allah yang secara jelas menyebabkan akidah akan terpesong.

4. Mempercayai perkara-perkara selain Allah akan memberi kebaikan dan keburukan kepada seseorang.
Amalan ilmu mistik perbomohan,kebal dan sebagainya yang melibatkan penggunaan Jin Syaitan secara jelas menafikan kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaanNya.Rosak akidah.

5. Percaya perkara khurafat seperti tafsir mimpi, tafsir hari dan tarikh kelahiran, tafsir raut wajah, tafsir urat tangan adalah termasuk dalam perbuatan mendahulukan Qada Qadar.
Secara jelasnya perbuatan seperti ini beerti menafikan salah satu dari rukun Iman. Matematik akidah sangat mudah, 6 - 1 = 0 dan 5 - 1 = 0. 0 ertinya terbatal akidah tanpa bantuan gereja.

6. Selain itu amalan khurafat menepung tawar tiang seri rumah baru,kereta baru dan sebagainya diselit dengan doa selamat dan perasapan kemiyan konon memohon keselamatan dan kesejahteraan terhadap pemiliknya adalah amalan mempermainkan kekuasaan Allah, Qada Qadar Allah. Amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar, amalan yang merosakkan akidah.

Kenapa Umat Melayu Islam di negara kita hari ini sangat sensitif apabila ada pihak luar bukan Islam cuba merosakkan akidah umat Islam?
tetapi tidak pernah sensitif malah mempertahankan sesetengah amalan yang terang dan nyata boleh menyebabkan akidah Islam itu terpesong malah terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar. berbagai alasan direka dan diguna pakai untuk merelakan amalan-amalan dan perbuatan tersebut tanpa ada perasaan bersalah,tanpa terikat dengan kenyataan ilmiah dan hukum fekah, malah dengan sengaja melanggar dan menyokong perkara mungkar tersebut, dan tanpa segan silu,tanpa rasa jijik malah dengan gembira meraung memekik " take beer" sebagai ganti kepada perkataan takbir.

Tidakkah laungan "take beer" dan takbit itu amat jauh maknanya? Tidakkah mereka sedar bahawa laungan "take beer" itu adalah laungan "murtad" yang menafikan hukum haram arak?
tidak kah mereka sedar bahawa laungan "takbir" itu sebagai laungan membesarkan Allah?
tidakkah mereka sedar dengan menggantikan takbir kepada "take beer" itu telah menghina laungan kebesaran Allah yang membawa maksud menghina Allah sebagai Tuhan Melayu Islam?

Tidak pernah ada pihak kristian mahupun Yahudi yang menyuruh mereka merosakkan akidah mereka sendiri, memurtadkan diri mereka sendiri,laungan dengan kerelaan hati menghina sifat Allah al-Mutakkabbir untuk secara jelas,nyata dan terang telah membatalkan iman diri sendiri tanpa bantuan "gereja".

Teringat satu petikan tafsiran hadis Rasulullah S.A.W :"di akhir zaman nanti, umat Islam itu ramai seperti buih yang terapung di lautan, ke mana di bawa ombak ke situ lah dia pergi, mereka tidak mempunyai ikatan yang teguh terhadap akidah, mereka mudah lalai dengan permainan dunia, mereka mengamalkan sikap penting diri sendiri, mereka lalai mengamalkan perintah Allah dan akhirnya mereka sendiri yang membina kebinasaan ke atas kaum mereka sendiri, bukannya orang lain "

dalam satu petikan ayat al-Quran, tafsirannya berbunyi: "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"

perlu diiingat bahawa perkataan "mereka sendiri yang mengubahnya" boleh juga diberi tafsiran mengubah ke arah kebaikan dan keimanan atau mengubah kepada kerosakan dan kebinasaan.

"Apabila kamu bertelagah terhadap sesuatu perkara,maka kembalilah kepada Allah"
Adakah Melayu Islam hari ini membaca dan menafsir ayat ini ? amat malanglah manusia Melayu Islam jika al-Quran dipinggirkan. 
Adakah Raja-Raja Melayu Islam sebagai Ketua Agama Islam mengamal ajaran Islam ? amat malanglah Melayu Islam apabila kuasa agama diberi kepada bukan ahlinya....

wal i'yazubillahi min zaalik.....wallahua'lam...






Tiada ulasan: