Jumaat, 7 Oktober 2011

PEMBENTANGAN BAJET 2012

Najib umum bajet p'raya bela rakyat : malaysiakini


Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500  kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

SUbsidi ;
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

kalamnurani : bantuan RM500 one-off ,cukup belanja dapur sebulan sahaja, terpaksa tunggu lagi  12 bulan lagi untuk dapat RM 500,itu pun kalau ada. Kos barang dah naik melampau batas. orang miskin semakin miskin. 
Bantuan untuk semua budak sekolah RM100, Najim PM kata orang yang senang boleh buat pilihan nak ambik ka tidak. Kalau aku,memang aku ambik masuk akaun simpanan anak-anak aku, mangkuk sangat la kalau tak ambil...

Subsidi : Rakyat bukan nak dengar berapa subsidi kerajaan tanggung terhadap barangan pengguna, rakyat nak dengar harga barang turun, kalau dah turun,baru rakyat senang, bila rakyat senang,kerajaan pun tenang, pilihanraya pun akan menang ....


TERKINI!! Bajet Bejat BN 2012: Anwar Ibrahim Tempelak Najib Altantuya TIRU Belanjawan Pakatan Rakyat


Beliau juga menambah, Najib Altantuya membentangkan bajet 2012 yang ditiru bulat-bulat....

kalamnurani : kalau tak mau kena tiru,jangan bentang bajet tu kepada umum, dalam politik memang macam tu,nak jaga survival politik yang menjurus ke sesuatu arah,pihak lawan kena pandai cilok la... 

Bajet pancing undi PRU-13

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Secara keseluruhan, Bajet 2012 yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bajet pancing undi bagi memastikan BN terus kekal memerintah," kata Siti Zailah Mohd Yusoff.
Menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, apa yang jelas dalam bajet itu hampir semua ransangan yang dibuat hanya dalam bentuk pembangunan fizikal, tidak ada penekanan dalam bentuk pembangunan rohani dan pemulihan akhlak masyarakat.

"Banyak perkara juga yang diciplak dari bajet Pakatan Rakyat.Tiada insentif yang banyak pada sektor swasta," katanya sebagai respon awal kepada Harakahdaily

kalamnurani :  kalau dah ciplak dari bajet PR,maknanya sama juga la untuk pancing undi.
Nama pun bajet negara 1 Malaysia, sebab tu penumpuan aspek fizikal,bajet PR pun sama juga sebab dah kata Najib PM tiru PR punya. 
MP PR kena cerdik la sikit kalau nak komplen pun....

Macam-macam komplen ada sempena pembentangan bajet 2012 oleh Najib PM, hangpa komplen Najib, aku komplen hangpa balik,baru padan muka, kah kah kah..
Apa pun,siapa pun PM, parti mana pun memerintah situasi yang sama akan berlaku juga nanti, nak komplen juga !!!, masing-masing kepala hotak la.

Bagi aku yang tak tahu sangat ilmu ekonomi ni, aku tak mau dengar berapa subsidi kerajaan tanggung untuk barangan pengguna yang semakin naik, yang aku mau, berapa sen barang keperluan pengguna akan diturunkan. Subsidi dah jadi tanggungjawab kerajaan kalau nak kekal lama memerintah, jangan merungut kena bagi subsidi kepada rakyat, tak nak bagi pun boleh,cuba la buat kalau berani...

Bagi yang kerja makan gaji,masih kira ok walaupun barang naik. tapi macam mana pak cik mak cik yang kerja kampung, kerja buat bendang,menoreh getah,nelayan kecil,buruh kasar, peniaga kecil-kecilan, bagaimana orang miskin yang tinggal ditengah bandaraya, bagaimana pula dengan orang kampung yang tinggal jauh dipendalaman, tinggal di pulau-pulau pendalaman Sabah Sarawak.
YB YB UMNO tak fikir ka kesusahan yang dia orang alami. Harga gula dibandar RM2.50, masuk pi kampung dia orang jadi RM3.00, naik bot jual di pulau-pulau harga jadi RM4.00 sekilo.

Apa pun,ada yang suka,ada yang gumbira, ada yang merana, ada yang tidak keruan, ada yang mencemuh dan macam-macam lagi, kena ingat, apa pun keluhan dan kritikan,belanjawan tu tetap akan dilaksanakan kerajaan...







Tiada ulasan: