Khamis, 13 Oktober 2011

Dihempas Batu Seberat Satu Tan di Kepala




seorang guruku pernah bertanya : 




Pak Guru : berapa lama masa yang anak ambil untuk perjalanan 100km dari Tawau ke Semporna? 


Aku : "masyaallah,dah kena aku kali ni" (dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa beratnya soalan ini untuk di jawab) 


Member aku jawab : lebih kurang 1jam 30 minit. Aku : (dalam hati ku berkata :alahai, apasal la kau jawab soalan tu,itu bukan soalan,itu kiasan untuk muhasabah diri,soalan tu macam batu satu tan kena atas kepala) 


Pak Guru : Kalau bapa,tidak sampai satu minit masa untuk jarak sebegitu.... Subhanallah,masyaallah,astaqfirullah,ya Allah...semua ungkapan keluar dari dalam hati ku ketika mendengar soalan dan seterusnya jawapan dari Pak Guru... apa boleh buat, terima saja la....




Betapa malunya diri ini apabila terkeluar soalan sebegitu dari seorang guru yang mursyid.


Pak Guru ku, ketahuilah bahawa aku amat rindu untuk menemui mu,merindui setiap kata-kata yang terbit dari lidah mu yang ikhlas tanpa selindung,namun atas rasa insaf atas kesilapan aku pada suatu masa itu dan atas sifat hubungan makhluk sesama makhluk Allah,aku amat malu untuk bertemu diri mu,bukan bererti "aku tidak malu pada Allah". tetapi atas prioriti diri mu sebagai "wasilah" untuk aku menuju makrifatullah...


Ya Allah Kau ampunkanlah segala dosa dan kesilapan aku, wahai guruku, maafkan anak mu ini kerana sudah lama tidak menghadap diri mu, isyaallah aku akan hadir juga di sisi mu suatu hari nanti.... 


Ya Allah limpahkan rahmatmu ke atas semua guru-guru ku yang mendidik aku dalam berbagai bidang ilmu duniawi dan ukhrawai, tanpa kalian pasti aku sesat,hilang arah dalam mencari jalan pulang.....



Tiada ulasan: